USAHAWAN JUALAN BARANGAN ELEKTRIK DAN KENDERAAN 

Nama : Ab Salam @ Azri Bin Abdullah
Umur : 39 tahun (2019)
Ahli : Oktober 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Ab. Salam @ Azri Bin Abdullah yang tinggal di Kampung Aman Lundang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjual barangan elektrik kelengkapan dalam rumah serta seorang jurujual kereta berjenama Honda secara dalam talian dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum ini beliau hanya menjual melalui aplikasi facebook dan whatsapp di mana pendapatan bulanannya lebih kurang RM 500 dan sambutan jualan agak memuaskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau mampu mempromosikan barangan yang ditawarkan melalui aplikasi Dashboard Komuniti dan laman sesawang mudah.my yang secara tidak langsung telah menaikkan kadar lingkungan promosi beliau secara lebih meluas di samping dapat meningkatkan lagi pendapatannya.

 

Nama : Ahmad Usaid Bin Muhamad Yusri
Umur : 12 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Ahmad Usaid Bin Muhd Yusri merupakan seorang pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan bersekolah di Sekolah Kebangssan Lundang. Beliau seorang yang rajin, selalu bertanya dan berminat dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. Dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT dan menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari menambah ilmu pengkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat rendah dan hanya tahu menggunakan laman Youtube. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencapai sesuatu maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik. Selain itu juga, beliau berjaya ke menyiapkan tugasan seterusnya iaitu pembelajaran menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan beliau juga jadikan bahan rujukan rakan-rakan dalam mempelajari penggunaan capaian internet dan MS Office Word dan beliau sering didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

 

 

USAHAWAN KECIL AKSESORI BARANGAN ELEKTRONIK

Nama : Muhd Ashraf Bin Mazlan
Umur : 20 tahun (2018)
Ahli : Julai 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Muhd Ashraf yang menetap di Kampung Aman, Lundang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan menjual aksesori telefon iaitu casing telefon bimbit secara kecil-kecil . Beliau dipilih sebagai ahli dropship menjual aksesori telefon di sekitar kawasan Kota Bharu, Kelantan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau secara luar talian dan melalui iklan whatsapp di mana pendapatan bulanannya hanya RM 100

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan  Pusat Internet. Beliau kini mahir menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan Dengan adanya kemudahan computer dan jalur lebar di Pusat Internet , beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya iaitu menerusi pengiklanan menggunakan media social dan melalui aplikasi Dashboard Komuniti(MyShop) dimana sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ingin ditawarkan. Secara tidak langsung perniagaan beliau kini semakin hari semakin dikenali oleh pelanggan baru dan beliau mendapat tempahan yang agak memberangsangkan . Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM250.

USAHAWAN KECIL PREPAID PRABAYAR DAN PERFUME MIRABLE 

Nama : Kamarudin Bin Che Zulkifli
Umur : 17 tahun (2018)
Ahli : Julai 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Kamarudin bin Che Zulkifli yang menetap di Kampung Lundang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan dropship menjual minyak wangi berjenama Mirabelle dan menjual kad tambah nilai secara kecil-kecilan. Beliau terpilih sebagai ahli dropship menjual minyak wangi berjenama Mirabelle di sekitar kawasan Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau secara luar talian dan melalui iklan whatsapp di mana pendapatan bulanannya hanya RM 150

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan  Pusat Internet. Beliau kini mahir menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan Dengan adanya kemudahan computer dan jalur lebar di Pusat Internet Bunut Payong, beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya iaitu menerusi pengiklanan menggunakan media social dan melalui aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) dimana sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ingin ditawarkan. Secara tidak langsung perniagaan beliau kini semakin hari semakin dikenali oleh pelanggan baru dan beliau mendapat tempahan yang agak memberangsangkan . Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM300.

 

CELIK IT 

Nama : Yusuf Edris Bin Sani
Umur : 12 tahun (2018)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Yusuf Edris merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangssan Lundang yang berdekatan dengan Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. Di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau tidak ketinggalan untuk mempelajari berkaitan ICT pada hari ini dan menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas sahaja iaitu dalam menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong selepas hari persekolahan dan cuti hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik. Selain itu juga, beliau dijadikan bahan rujukan rakan-rakan dalam mempelajari penggunaan capaian internet dan MS Office Word dan beliau sering didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak melalui taklimat Klik Dengan Bijak