USAHAWAN KECIL MENJUAL PAKAIAN BUNDLE

Nama : Ahmadul Hadi Bin Mohamed
Umur : 36 tahun (2018)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

Latar belakang

Encik Ahmadul Hadi bin Mohamed merupakan penduduk yang tinggal di Kampung Lundang. Beliau merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan menjual pakaian bundle.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau secara luar talian dan melalui iklan whatsapp di mana pendapatan bulanannya hanya RM 500

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan  Pusat Internet. Beliau kini mahir menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan Dengan adanya kemudahan computer dan jalur lebar di Pusat Internet , beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya iaitu menerusi pengiklanan menggunakan media social dan melalui aplikasi Dashboard Komuniti(MyShop) dimana sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ingin ditawarkan. Secara tidak langsung perniagaan beliau kini semakin hari semakin dikenali oleh pelanggan baru dan beliau mendapat jualan yang agak memberangsangkan