CELIK IT 

Nama : Yusuf Edris Bin Sani
Umur : 12 tahun (2018)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Yusuf Edris merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangssan Lundang yang berdekatan dengan Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. Di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau tidak ketinggalan untuk mempelajari berkaitan ICT pada hari ini dan menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas sahaja iaitu dalam menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong selepas hari persekolahan dan cuti hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik. Selain itu juga, beliau dijadikan bahan rujukan rakan-rakan dalam mempelajari penggunaan capaian internet dan MS Office Word dan beliau sering didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak melalui taklimat Klik Dengan Bijak