USAHAWAN KECIL PREPAID PRABAYAR DAN PERFUME MIRABLE 

Nama : Kamarudin Bin Che Zulkifli
Umur : 17 tahun (2018)
Ahli : Julai 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Kamarudin bin Che Zulkifli yang menetap di Kampung Lundang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan dropship menjual minyak wangi berjenama Mirabelle dan menjual kad tambah nilai secara kecil-kecilan. Beliau terpilih sebagai ahli dropship menjual minyak wangi berjenama Mirabelle di sekitar kawasan Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau secara luar talian dan melalui iklan whatsapp di mana pendapatan bulanannya hanya RM 150

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan  Pusat Internet. Beliau kini mahir menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan Dengan adanya kemudahan computer dan jalur lebar di Pusat Internet Bunut Payong, beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya iaitu menerusi pengiklanan menggunakan media social dan melalui aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop) dimana sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ingin ditawarkan. Secara tidak langsung perniagaan beliau kini semakin hari semakin dikenali oleh pelanggan baru dan beliau mendapat tempahan yang agak memberangsangkan . Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM300.