USAHAWAN MENJUAL HASIL PENTERNAKAN (PEMPROSESAN TELUR MASIN) 

Nama : Mohammad Syafiq Anam Bin Yaakub
Umur : 29 tahun (2020)
Ahli Mei 2020 - sekarang

  

Latar belakang

Encik Mohammad Syafiq Anam Bin Yaakub merupakan ahli baharu PI Bunut Payong, beliau adalah lepasan Ijazah Sarjana Kewangan dan sebelum ini pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas berhenti kerja dan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sedang uzur, beliau menjadikan penternakan itik dan memproses telur masin sebagai satu hobi sahaja bagi mengisi kekosongan masa dan tidak begitu fokus kepada jualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas latihan ICT dan kempen advokasi dari PI Bunut Payong, kini beliau lebih terdedah mengenai kemudahan teknologi maklumat yang khusus dalam mempromosi dan meluaskan pemasaran telur itik beliau.

 

 


Nama : Ahmad Syakir Bin Ahmad Zamhari
Umur : 17 tahun (2020)
Ahli : Oktober 2018- sekarang

 

Latar belakang

Ahmad Syakir Bin Ahmad Zamhari merupakan seorang pelajar Pusat Sri Tahfiz Lundang dan juga ahli Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong dan juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT serta menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari dan menambah ilmu pengkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas dan hanya tahu menggunakan laman sesawang Google dan Youtube sahaja. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT dan advokasi yang diadakan oleh petugas PI Bunut Payong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT dan advokasi yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencari maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, beliau didedahkan dengan laman-laman sesawang pendidikan serta diberikan taklimat dan pendedahan tentang advokasi Klik Dengan Bijak, E-Waste, Sebenarnya.my dan Dashboard Komuniti.


USAHAWAN MENJUAL BARANGAN KOSMETIK

Nama : Nur Anis Najihah Binti Abdul Naidi
Umur 21 tahun (2020)
Ahli Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Cik Anis Najihah yang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong dan penduduk kampung Lundang adalah usahawanita yang menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan wanita secara sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya meilhat rakan-rakan beliau yang melakukan perniagaan secara atas talian semenjak beliau masih dalam pengajian di IPT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menghabiskan pengajian, beliau mula berjinak dengan perniagaan atas talian khususnya yang menjual produk kecantikan wanita dan mendapatkan sedikit tunjuk ajar melalui rakan-rakan dan Pusat Internet tentang cara melakukan pemasaran dan kaedah jualan yang sesuai. Kini beliau sudah menjadi salah seorang ejen sah Magic iLips dan laman sesawang Instagram, facebook dan shopee merupakan medium utama jualan produk beliau.

 


USAHAWAN MENJUAL BARANGAN PERALATAN DAN DEKORASI AKUARIUM

Nama :Wan Mohamad Omar Syafiq Bin Wan     Mohamad Nasir
Umur 24 tahun (2020)
Ahli Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Wan Mohamad Omar Syafiq merupakan penduduk kampong Lundang dan ahli PI Bunut Payong, beliau adalah lepasan siswazah dan sedang bekerja di syarikat swasta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya membantu rakannya yang menjalankan perniagaan atas talian dan belajar tentang selok belok perniagaan secara perlahan melalui rakannya dan sedikit sebanyak meminta pendapat daripada PI Bunut Payong tentang iklan dan promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas latihan ICT dan kempen advokasi dari PI Bunut Payong, kini beliau sudah pun menjadi seorang peniaga atas talian yang menjual peralatan dan barangan dekorasi akuarium yang kebanyakannya adalah hasil dari beliau sendiri.

 


Nama : Muhammad Shah Redzuan Bin Sahabudin
Umur : 16 tahun (2020)
Ahli : Mac 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Muhammad Shah Redzuan Bin Sahabudin merupakan penduduk kampung Lundang, seorang pelajar sekolah Sri Tahfiz Lundang dan juga ahli Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong dan juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT serta menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari dan menambah ilmu pengkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas dan hanya tahu menggunakan laman sesawang Google dan Youtube sahaja. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang diadakan oleh petugas PI Bunut Payong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencari maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, beliau didedahkan dengan laman-laman sesawang pendidikan serta diberikan taklimat dan pendedahan tentang advokasi Klik Dengan Bijak, E-Waste, Sebenarnya.my dan Dashboard Komuniti.