hfmd poster
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Kota Bharu Medical Centre
Kota Bharu Medical Centre (KBMC) adalah Hospital Pakar Swasta pertama di Kelantan. Terletak di Lot 179-184, Seksyen 24, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak 300m jauhnya dari Pusat Internet Bunut Payong dan telah ditempatkan secara strategik untuk berkhidmat kepada komuniti beberapa estet perumahan dan kawasan perindustrian yang besar.

c

Kota Bharu Medical Centre

PT 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra,

15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Tel : +609743 3399  

website : http://www.kbmc.com.my/

Hospital Raja Perempuan Zainab 2

Jaraknya lebih kurang 3km dari Pusat Internet Bunut Payong. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi, klinik kanak-kanak dan klinik pergigian.

Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di  Hospital Universiti Sains Malaysia (Kubang Kerian) yang jaraknya lebih kurang 5km. Disamping itu, terdapat juga klinik-klinik swasta yang terdekat dengan PI Bunut Payong yang jaraknya lebih kurang 400meter dari Kota Bharu Medical Centre.

0027 DSC0031