Nama : Wan Maa'lih Bin Wan Mohamed
Umur : 14 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Wan Maa’lih Bin Wan Mohamed merupakan penduduk kampung Lundang, seorang pelajar sekolah menengah asrama dan juga ahli Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong dan juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT serta menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari dan menambah ilmu pengkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas dan hanya tahu menggunakan laman sesawang Google dan Youtube. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang diadakan oleh petugas PI Bunut Payong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencari maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, beliau didedahkan dengan laman-laman sesawang pendidikan serta diberikan taklimat dan pendedahan tentang advokasi Klik Dengan Bijak, E-Waste, Sebenarnya.my dan Dashboard Komuniti.


USAHAWAN PERKHIDMATAN BERINAI

Nama : Nurul Fatin Binti Che Shukri
Umur : 31 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2018- sekarang

 

Latar belakang

Puan Fatin merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong dan juga usahawanita sepenuh masa yang menyediakan perkhidmatan solekan pengantin wanita serta turut menjual inai buatan sendiri sebagai sumber pendapatan utama beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjalankan perkhidmatan di sekitar daerah Kota Bharu dan sesame saudara mara kenalan rapat. Perkhidmatan yang disediakan hanyalah melalui kenalan ke kenalan, aplikasi whatsapp dan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan latihan ICT yang beliau pernah ikuti bersama Pusat Internet, kini beliau sudah boleh mereka cipta pelekat label jenama sendiri bagi produk inai beliau melalui perisian Photoscape dan MS Office Word. Beliau juga didedahkan dengan penggunaan Whatsapp Web, Instagram dan modul My Shop (Dashboard Komuniti) sebagai medium promosi dan kini perkhidmatan beliau semakin meluas dan dikenali ramai.


Nama : Eddy Shahmie Bin Che Ab Rahman
Umur : 10 tahun (2019)
Ahli : Mac 2019 - sekarang

 

Latar belakang

Eddy Shahmie Bin Che Ab. Rahman merupakan seorang pelajar Tahun 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangssan Lundang dan juga ahli Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong dan juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT serta menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari dan menambah ilmu pengkomputeran

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas dan hanya tahu menggunakan laman sesawang Google dan Youtube. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang diadakan oleh petugas PI Bunut Payong

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencari maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, beliau didedahkan dengan laman-laman sesawang pendidikan serta diberikan taklimat dan pendedahan tentang advokasi Klik Dengan Bijak, E-Waste, Sebenarnya.my dan Dashboard Komuniti.

 


USAHAWAN MENJUAL KEK

Nama : Wan Nur Fatihah Bt Wan Yusoff
Umur : 28 tahun (2019)
Ahli : September 2019- sekarang

 

Latar belakang

Puan Fatihah yang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong dan penduduk kampong Lundang adalah usahawanita yang menjalankan perniagaan menjual dan menghantar kek tempahan buatan sendiri secara sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau bekerja di syarikat swasta dan menjalankan perniagaan penjualan kek secara sambilan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas berhenti kerja dan menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau kini mula focus dalam melebarkan pasaran perniagaan ke laman sesawang Facebook dan My Shop dan kini tempahan dari pelanggan semakin ramai.


USAHAWAN BARANGAN KRAFTANGAN

Nama : Asmahanum Binti Ahmad
Umur : 31 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Cik Asmahanum yang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan menjual hasil kraftangan buatan sendiri secara serius sejak akhir tahun lepas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya berniaga dan mempromosikan jualan melalui Instagram dan whatsapp sahaja serta rangkaian pasaran yang agak terhad di sekitar daerah Kota Bharu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau kini mula melebarkan pasaran perniagaan ke laman sesawang Carousell, Shopee dan My Shop atas didikan dari petugas malah beliau kini mempunyai kemahiran asas untuk menyunting gambar produk supaya kelihatan lebih menarik.