Kedai Kopi Poksan terletak di tepi sebelah kanan Pusat Internet Bunut Payong, di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra merupakan kedai tarikan penduduk setempat, pekerja berdekatan dan penduduk bersebelahan kampung pada sebelah pagi dan petang.
Mayorsuria Binti Hassan adalah merupakan penyabung warisan perniagaan bapanya yang membuka kedai pada tahun 90an lagi. Kedai ini menyediakan menu untuk makanan nasi berlauk dan pelbagai kuih muih sebelah pagi dan makanan santai petang. Perniagaan ini dimula kan sejak 25 tahun yang lalu dan ianya menjadi sumber utama pendapatan Puan Mayorsuria dan ahli keluarganya. Kedai ini diusahakan bersama adiknya, adik ipar dan suaminya.
Kedai Kopi Poksan ini dikenali dengan menu Nasi Dagang gulai serati pada setiap hari Jumaat. Selain itu juga, menu seperti karipap goreng panas merupakan menu yang dijual disebelah petang. Kedai ini juga menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli ikan segar dari Tok Bali pada sebelah petang.
-
View the embedded image gallery online at:
http://kgbunutpayong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan#sigFreeIdaf66a186bc
Kak Yah Pisang Goreng(Aneka) Lundang terletak di tepi Pusat Internet Bunut Payong, di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra merupakan kedai tarikan penduduk setempat dan penduduk bersebelahan kampung pada sebelah petang.
Sabariah Binti Shafie adalah merupakan pengasas Pisang Goreng(Aneka) dimana ianya menyediakan menu untuk makanan santai petang. Perniagaan ini dimula kan sejak 10tahun yang lalu dan ianya menjadi sumber utama pendapatan Puan Sabariah dan suaminya.
Premis Kakyah Pisang Goreng dikenali dengan menu pisang goreng pelbagai jenis pisang, ubi, serta tapai. Selain itu juga, menu cekodok campur atau nama gelaran nya "Jeput Malah" merupakan menu yang paling laris dijual disebabkan dengan resepi tersendiri nya. Sos nya juga dimasak sendiri oleh pemilik nya setiap hari untuk menghasilkan gabungan menu dan pencicah yang sedap dimakan oleh pembeli nya.
-
View the embedded image gallery online at:
http://kgbunutpayong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan#sigFreeId587d5dc4fe
Nasi Kak Wok (The Original).
Nasi Kak Wok Original terletak di tepi Pusat Internet Bunut Payong, di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah lorong Kota Bharu Medical Centre (KBMC).
Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan pengasas nasi berlauk ayam goreng yang dipotong kecil bersama gulai kerompes ayam (sayap, tengkuk, paha, pedal, hati dan sebagainya). Pengasas wujudnya perniagaan Nasi Kak Wok adalah Encik Mat, anak jati Lundang yang mewarisi resepi original Kakwook setelah ketiadaan Mek Wok.
Premis Nasi Kak Wok merupakan sebuah tempat makan yang sederhana yang mengunapakai sistem layan diri dan pinggannya pula hanya beralaskan kertas pembungkus nasi sahaja. Tetapi kenapa dengan sebuah kedai kampung sebegini boleh menjadikan nama Kak Wok itu satu fenomena sehingga mewujudkan berpuluh mungkin beratus premis perniagaan nasi ala Kakwok di seluruh Kelantan.
Rahsianya hanya akan terjawab apabila anda menyuapkan nasi bersama sedikit kemanisan gulai kerompes dengan aroma terung, timun dan kacang panjang serta sedikit kemasinan ayam goreng dan kelembutan rasa masam pedas sambal belacan perahan asam limau kasturi yang meneutralkan keadaan rasa di lidah.
- Nasi putih
- Ayam goreng potong kecil
- Gulai dalca bersama kerompes ayam
- Sambal belacan
http://kgbunutpayong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan#sigFreeId4faa48de03