CELIK IT 

Nama : Wan M. Zhafian Bin Wan Zahari
Umur : 11 tahun (2018)
Ahli : Januari 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Wan Zhafian merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangssan Lundang yang berdekatan dengan PI Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. Di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau tidak ketinggalan untuk mempelajari berkaitan ICT pada hari ini dan menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas sahaja iaitu dalam menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong selepas hari persekolahan dan cuti hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik.Selain itu juga, beliau dijadikan bahan rujukan rakan-rakan dalam mempelajari penggunaan capaian internet dan MS Office Word dan beliau sering didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

 

CELIK IT 

Nama : Zahra Annur Binti Mohd Johari
Umur : 8 tahun (2018)
Ahli : Januari 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Zahra Annur merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangssan Zainab 1 yang berdekatan dengan Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin dan aktif dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word serta capaian internet yang terkini. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong selepas hari persekolahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik.


USAHAWAN KECIL  MAKANAN 

Nama : Nor Suhaida Binti Ridzwan
Umur : 21 tahun (2018)
Ahli : November 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Cik Nor Suhaida yang menetap di Kampung Lundang telah menjual produk makanan secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Lundang selama lebih satu tahun yang lalu. Beliau yang masih belajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) mampu membahagikan masa dalam bidang pendidikan dan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau dan kedai berdekatan sahaja secara luar talian atau offline (COD sekitar Kota Bharu) di mana pendapatan bulanannya hanya RM 250.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kursus, kelas latihan ICT dan keusahawanan yang dilatih oleh petugas Pusat Internet Bunut Payong. Beliau kini menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan. Secara tidak langsung pelanggan beliau kini semakin hari semakin meningkat dan salah satu pelanggan tetap beliau merupakan sebuah cafeteria / kantin di dalam Universiti Sains Malaysia (USM). Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM450.


USAHAWAN KECIL BARANGAN BANQUET & MAKANAN 

Nama : Nooraihan Binti Che Soh
Umur : 43 tahun (2018)
Ahli : Februari 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Puan Nooraihan merupakan usahawanita yang menjual perkhidmatan dan barangan banquet yang berasaskan coklat secara kecil-kecilan di sekitar daerah Kota Bharu. Beliau telah menceburi bidang perniagaan ini lebih dua tahun yang lalu bagi membantu menyara kehidupan beliau dan dua orang cahaya matanya yang masih bersekolah. Di samping itu, Puan Nooraihan baru-baru ini (awal bulan Mac) telah membuka gerai mee celup dan aneka air minuman berdekatan Kompleks Balai Islam Lundang bagi menambahkan pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat dan kenalan kepada kenalan secara luar talian / offline (COD sekitar Kota Bharu) dan dalam talian / online di mana pendapatan bulanannya sebanyak RM 500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Nooraihan yang baru berdaftar di PI Bunut Payong pada pertengahan bulan Februari dan setakat ini beliau telah menghadiri satu sesi kelas usahawan berkenaan aplikasi Dashboard Komuniti MyShop


USAHAWAN KECIL MAKANAN

Nama : Nurul Fatihah Binti Che Shukri
Umur : 22 tahun (2017)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Cik Fatihah merupakan usahawan yang menjual kek, tapai dan ketupat secara kecil-kecilan di sekitar Kota Bharu. Beliau telah menceburi bidang perniagaan ini lebih tujuh bulan yang lalu setelah tamat pengajian. Cik Fatihah merupakan bekas graduan dalam jurusan Akauntasi.

Pada bulan Ramadhan, Cik Fatihah lebih fokus kepada penjualan ketupat dan tapai di mana beliau menjual dalam kuantiti yang sedikit dan murah untuk memberi peluang kepada pelanggan mencuba dan merasa produk dan justeru itu mengambil tempahan untuk Hari Raya nanti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja.Dan hanya menjalankan perniagaan kepada kenalan rapat beliau dan teman dalam media sosial beliau sekitar Kota Bharu di mana pendapatan bulanannya hanya RM 200.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas latihan ICT dan keusahawanan yang dilatih oleh petugas Pusat Internet Bunut Payong. Beliau kini menggunakan media sosial tambahan sebagai platform untuk menambah iklan jualan nya iaitu di MyShop. Secara tidak langsung pelanggan beliau kini semakin hari semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM300.Dimana beliau datang ke Pusat Internet untuk menggunakan internet dan menggunakan komputer bagi tujuan merekod kertas kerja bagi tujuan hasil jualannya.