USAHAWAN URUTAN TRADISIONAL DAN JAMU

Nama : Rosnani Binti Abdullah
Umur : 51 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Puan Rosnani merupakan seorang surirumah dan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menyediakan perkhidmatan rawatan tradisional kepada wanita dan seterusnya menambahkan pendapatan melalui jualan ubat-ubatan tradisional. Beliau juga telahpun menjalani kursus perkhidmatan rawatan yang dianjurkan oleh agensi kesihatan kerajaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjalankan perkhidmatan di sekitar daerah Kota Bharu dan sesekali di luar daerah. Perkhidmatan yang disediakan hanyalah melalui kenalan ke kenalan, aplikasi whatsapp dan facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan latihan ICT yang beliau pernah ikuti bersama Pusat Internet, kini beliau sudah boleh mereka cipta pelekat label jenama sendiri bagi penjualan ubatan tradisionalnya melalui perisian Photoscape dan MS Office Word. Beliau juga didedahkan dengan penggunaan Whatsapp Web dan modul My Shop (Dashboard Komuniti). Kini perkhidmatan beliau semakin meluas dan dikenali ramai.

 


Nama : Muhammad Adam Izzul Hakim
Umur : 12 tahun (2019)
Ahli : Januari 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Muhammad Adam Izzul Hakim merupakan seorang pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan bersekolah di Sekolah Kebangssan Lundang. Beliau seorang yang cepat faham, rajin bertanya dan berminat dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. Beliau juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT dan menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari menambah ilmu pengkomputeran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat rendah dan hanya tahu menggunakan laman Youtube. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencapai sesuatu maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik. Selain itu juga, beliau berjaya menyiapkan tugasan seterusnya iaitu pembelajaran menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan beliau juga jadikan bahan rujukan rakan-rakan dalam mempelajari penggunaan capaian internet dan MS Office Word dan beliau sering didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

 


USAHAWAN SEWAAN RUMAH PENGINAPAN(HOMESTAY) 

Nama : Ahmad Syauqee Bin Abdul Aziz 
Umur : 28 tahun (2019)
Ahli : Oktober 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Ahmad Syauqee ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan rumah penginapan (homestay) miliknya sebagai pendapatan tambahan beliau yang terletak di Cameron Highlands.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjalankan perniagaan dengan mempromosi rumah penginapannya hanya kepada penduduk sekitar dan kenalan rapat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan latihan ICT yang beliau pernah diikuti bersama Pusat Internet kini mampu mempromosikan rumah penginapannya di laman-laman sesawang dan media-media sosial berkaitan. Beliau juga kini memunyai penyata pengurusan dan pengiraan aliran tunai perniagaan rumah penginapannya supaya urusan lebih teratur dan sistematik dari tunjuk ajar Pusat Internet.

 

USAHAWAN MENJUAL MAKANAN

Nama : Mohd Ezman bin Mohd Nordin 
Umur : 32 tahun (2019)
Ahli : April 2019 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Ezman Mohd Nordin dan juga merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan menjual makanan di Medan Usahawan di Kota Bharu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjalankan gerai jualan nasi ayam goreng dan aneka sup dengan begitu sahaja secara kampung tanpa pengurusan yang teratur dan sistematik.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau kini mula menjalankan perniagaan dengan jadual pengurusan yang baik, teratur dan sistematik sehingga menjadikan perniagaan beliau lebih stabil dan maju. Beliau mula mengiklankan jualan nya menerusi media sosial seperti Facebook, Whatsapp status dan lain-lain.

 

USAHAWAN JUALAN BARANGAN KANAK-KANAK

Nama : Fazliena Binti Yusof
Umur : 27 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Puan Fazliena seorang suri rumah dan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan menjual barangan pakaian kanak-kanak seperti baju, seluar dan kasut secara kecil-kecilan .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau melalui secara langsung ataupun whatsapp yang hanya sekadar mengisi masa terluang dan tidak mahir dalam pengurusan dalam jualan secara dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau kini mahir menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan. Beliau diajar menggunakan Whatsapp web bagi urusan jualan. Dengan adanya kemudahan komputer dan jalur lebar di Pusat Internet, beliau dapat meluaskan pasaran promosi pengiklanan menggunakan media sosial dan melalui aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop). Secara tidak langsung, akan meningkatkan jumlah pelanggan dan pendapatan beliau.