CELIK IT 

Nama : Alia Natasha Binti Rusli
Umur : 12 tahun (2018)
Ahli : November 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Alia Natasha merupakan seorang pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan bersekolah di Sekolah Kebangssan Kubang Kerian 1. Beliau seorang yang rajin dan berminat dalam menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong. Di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau tidak ketinggalan untuk mempelajari berkaitan ICT pada hari ini dan menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas sahaja iaitu dalam menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang dipromosikan oleh petugas PI Bunut Payong melalui Facebook Pusat Internet Bunut Payong setiap cuti hujung minggu hari Jumaat persekolahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT berkala yang dihadiri beliau di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word yang disediakan oleh petugas dengan baik. Selain itu juga, beliau berjaya ke menyiapkan tugasan seterusnya iaitu pembelajaran menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan beliau juga jadikan bahan rujukan rakan-rakan dalam mempelajari penggunaan capaian internet dan MS Office Word dan beliau sering didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak melalui taklimat Klik Dengan Bijak.