USAHAWAN KECIL MENJUAL PAKAIAN

Nama : Muhd Dzul Hussaini Bin Hanafi
Umur : 24 tahun (2018)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Muhammad Dzul Hussaini  yang menetap di Taman Baung, Pengkalan Chepa merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan menjual barangan lelaki seperti pakaian, kasut dan beg  serta bahan elektronik secara kecil-kecilan .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat beliau secara luar talian dan melalui iklan whatsapp di mana pendapatan bulanannya hanya RM 200

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan  Pusat Internet. Beliau kini mahir menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan Dengan adanya kemudahan computer dan jalur lebar di Pusat Internet , beliau dapat meluaskan lagi perniagaannya iaitu menerusi pengiklanan menggunakan media social dan melalui aplikasi Dashboard Komuniti(MyShop) dimana sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ingin ditawarkan. Secara tidak langsung perniagaan beliau kini semakin hari semakin dikenali oleh pelanggan baru dan beliau mendapat tempahan yang agak memberangsangkan . Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM500.