SELAMAT DATANG DI PORTAL PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDI ) BUNUT PAYONG

 

                                                          

 

PENGENALAN 

Pusat Ekonomi Digital Bunut Payong, Kota Bharu mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad yang bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence telah diberi mandat untuk melaksanakannya.

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PEDi yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat sekitarnya. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, PEDi juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di PEDi tersebut.

Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat adalah inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilaksanakan bagi mencapai objektif utama seperti berikut:

  • 1) Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan dan individu di kawasan kurang liputan.
  • 2) Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat.
  • 3) Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

LOKASI

 

                                                       

PETA LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL BUNUT PAYONG

Pusat Ekonomi Digital Bunut Payong terletak di Jalan Masjid Lundang, daerah Kota Bharu. Lokasi berada di laluan antara Lundang dan Telipot, terletak kira-kita 600 meter dari Sekolah Kebangsaan Lundang dan 3 km dari Bandar Kota Bharu. Kawasan Pusat Internet Bunut Payong juga berdekatan dengan kedai makan yang menjadi tarikan orang ramai iaitu "Nasi Kak Wook Original"

SASARAN PENGGUNA 

Sasaran pengguna Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) adalah dari semua golongan sama ada pelajar, dewasa, warga emas, suri rumah dan golongan bekerjaya atau yang belum mendapat pekerjaan, kerana PEDi di bangunkan bagi memudahkan penduduk setempat khususnya di Kg. Bunut Payong , menikmati kemudahan yang yang disediakan oleh Kerajaan. Dengan kapasiti kependudukan sekitar 6,415 orang. Pusat Internet Bunut Payong mensasarkan keahlian dari Jabatan Kerajaan, murid sekolah, guru-guru dan belia serta penduduk setempat. Sejak PEDi beroperasi awal Ogos 2017 sehingga akhir Jun 2018, Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Bunut Payong telah mencapai 518 orang ahli yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

KEAHLIAN

Untuk menjadi Ahli Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ), yuran keahlian seumur hidup dikenakan sebanyak RM5.00. Borang keahlian boleh didapati melalui Pengurus dan Penolong Pengurus di PEDi Bunut Payong. Keistimewaan menjadi ahli bukan hanya tertumpu pada caj perkhidmatan akses Internet yang lebih murah, tetapi juga caj-caj perkhidmatan lain seperti potostat, imbasan, cetakan, laminat dan juga peluang untuk menjalani kursus berkaitan ICT yang diberikan secara percuma untuk ahli PEDi yang telah mendaftar tanpa mengira golongan usia.

 

PETUGAS - PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDi ) BUNUT PAYONG

 

PENGURUS

NAMA : MUHD DZUL HILMI BIN HANAFI
NO.TELEFON : 01112189587
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


PENOLONG PENGURUS


NAMA : WAN MUHAMMAD ARIF LUQMAN BIN WAN NOR AZUAN
NO.TELEFON : 0129693687
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.