USAHAWAN JUALAN BARANGAN ELEKTRIK DAN KENDERAAN 

Nama : Ab Salam @ Azri Bin Abdullah
Umur : 39 tahun (2019)
Ahli : Oktober 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Ab. Salam @ Azri Bin Abdullah yang tinggal di Kampung Aman Lundang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjual barangan elektrik kelengkapan dalam rumah serta seorang jurujual kereta berjenama Honda secara dalam talian dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum ini beliau hanya menjual melalui aplikasi facebook dan whatsapp di mana pendapatan bulanannya lebih kurang RM 500 dan sambutan jualan agak memuaskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau mampu mempromosikan barangan yang ditawarkan melalui aplikasi Dashboard Komuniti dan laman sesawang mudah.my yang secara tidak langsung telah menaikkan kadar lingkungan promosi beliau secara lebih meluas di samping dapat meningkatkan lagi pendapatannya.