USAHAWAN KECIL FOTOGRAFI

Nama : Muhd Dzul Hamizi Bin Hanafi
Umur : 30 tahun (2018)
Ahli : Jun 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Dzul Hamizi merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan iaitu sebagai pereka grafik @ fotografi di bawah syarikat beliau IPS VENTURES (KT0411303-K) yang didaftarkan di Suruhjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM) pada hujung tahun lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja kepada kenalan rapat dan saudara-mara melalui iklan di Whatsapp. Pendapatan purata sebulanan sekitar RM 150.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kursus, kelas latihan ICT dan keusahawanan yang dilatih oleh petugas Pusat Internet Bunut Payong. Beliau kini menggunakan media sosial dan aplikasi lain sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan. Secara tidak langsung pasaran perkhidmatan beliau menjangkaui sehingga di sekitar dan luar Kota Bharu. Pendapatan purata sebulan beliau kini melebihi RM300.