USAHAWAN MENJUAL HASIL PENTERNAKAN (PEMPROSESAN TELUR MASIN) 

Nama : Mohammad Syafiq Anam Bin Yaakub
Umur : 29 tahun (2020)
Ahli Mei 2020 - sekarang

  

Latar belakang

Encik Mohammad Syafiq Anam Bin Yaakub merupakan ahli baharu PI Bunut Payong, beliau adalah lepasan Ijazah Sarjana Kewangan dan sebelum ini pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas berhenti kerja dan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sedang uzur, beliau menjadikan penternakan itik dan memproses telur masin sebagai satu hobi sahaja bagi mengisi kekosongan masa dan tidak begitu fokus kepada jualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas latihan ICT dan kempen advokasi dari PI Bunut Payong, kini beliau lebih terdedah mengenai kemudahan teknologi maklumat yang khusus dalam mempromosi dan meluaskan pemasaran telur itik beliau.