USAHAWAN PERKHIDMATAN BERINAI

Nama : Nurul Fatin Binti Che Shukri
Umur : 31 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2018- sekarang

 

Latar belakang

Puan Fatin merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong dan juga usahawanita sepenuh masa yang menyediakan perkhidmatan solekan pengantin wanita serta turut menjual inai buatan sendiri sebagai sumber pendapatan utama beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjalankan perkhidmatan di sekitar daerah Kota Bharu dan sesame saudara mara kenalan rapat. Perkhidmatan yang disediakan hanyalah melalui kenalan ke kenalan, aplikasi whatsapp dan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan latihan ICT yang beliau pernah ikuti bersama Pusat Internet, kini beliau sudah boleh mereka cipta pelekat label jenama sendiri bagi produk inai beliau melalui perisian Photoscape dan MS Office Word. Beliau juga didedahkan dengan penggunaan Whatsapp Web, Instagram dan modul My Shop (Dashboard Komuniti) sebagai medium promosi dan kini perkhidmatan beliau semakin meluas dan dikenali ramai.