USAHAWAN MENJUAL BARANGAN PERALATAN DAN DEKORASI AKUARIUM

Nama :Wan Mohamad Omar Syafiq Bin Wan     Mohamad Nasir
Umur 24 tahun (2020)
Ahli Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Encik Wan Mohamad Omar Syafiq merupakan penduduk kampong Lundang dan ahli PI Bunut Payong, beliau adalah lepasan siswazah dan sedang bekerja di syarikat swasta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya membantu rakannya yang menjalankan perniagaan atas talian dan belajar tentang selok belok perniagaan secara perlahan melalui rakannya dan sedikit sebanyak meminta pendapat daripada PI Bunut Payong tentang iklan dan promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas latihan ICT dan kempen advokasi dari PI Bunut Payong, kini beliau sudah pun menjadi seorang peniaga atas talian yang menjual peralatan dan barangan dekorasi akuarium yang kebanyakannya adalah hasil dari beliau sendiri.