Nama : Muhammad Shah Redzuan Bin Sahabudin
Umur : 16 tahun (2020)
Ahli : Mac 2018 - sekarang

 

Latar belakang

Muhammad Shah Redzuan Bin Sahabudin merupakan penduduk kampung Lundang, seorang pelajar sekolah Sri Tahfiz Lundang dan juga ahli Pusat Internet Bunut Payong. Beliau seorang yang rajin menghadiri kelas atau program yang dianjurkan Pusat Internet Bunut Payong dan juga tidak ketinggalan untuk mempelajari asas ICT serta menjadikan Pusat Internet Bunut Payong sebagai pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari dan menambah ilmu pengkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pengetahuan ICT beliau hanya pada peringkat asas dan hanya tahu menggunakan laman sesawang Google dan Youtube sahaja. Kemudian, beliau mula berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran ICT yang diadakan oleh petugas PI Bunut Payong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas ICT yang dihadiri di PI Bunut Payong, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word serta aplikasi capaian internet seperti ‘Google’ dan ‘Internet Explorer’ dengan lebih baik dalam mencari maklumat. Beliau juga kini sudah mampu menaip sesuatu karangan dan berjaya menyiapkan latihan kertas kerja menggunakan Microsoft Word. Selain itu juga, beliau didedahkan dengan laman-laman sesawang pendidikan serta diberikan taklimat dan pendedahan tentang advokasi Klik Dengan Bijak, E-Waste, Sebenarnya.my dan Dashboard Komuniti.