USAHAWAN MENJUAL KEK

Nama : Wan Nur Fatihah Bt Wan Yusoff
Umur : 28 tahun (2019)
Ahli : September 2019- sekarang

 

Latar belakang

Puan Fatihah yang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong dan penduduk kampong Lundang adalah usahawanita yang menjalankan perniagaan menjual dan menghantar kek tempahan buatan sendiri secara sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau bekerja di syarikat swasta dan menjalankan perniagaan penjualan kek secara sambilan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas berhenti kerja dan menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau kini mula focus dalam melebarkan pasaran perniagaan ke laman sesawang Facebook dan My Shop dan kini tempahan dari pelanggan semakin ramai.