USAHAWAN BARANGAN KRAFTANGAN

Nama : Asmahanum Binti Ahmad
Umur : 31 tahun (2019)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Cik Asmahanum yang merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang menjalankan perniagaan menjual hasil kraftangan buatan sendiri secara serius sejak akhir tahun lepas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya berniaga dan mempromosikan jualan melalui Instagram dan whatsapp sahaja serta rangkaian pasaran yang agak terhad di sekitar daerah Kota Bharu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas keusahawanan dan kelas latihan ICT yang beliau pernah diikuti dengan Pusat Internet. Beliau kini mula melebarkan pasaran perniagaan ke laman sesawang Carousell, Shopee dan My Shop atas didikan dari petugas malah beliau kini mempunyai kemahiran asas untuk menyunting gambar produk supaya kelihatan lebih menarik.