Tarikh : 26 Julai 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar Tahfiz Sri Lundang. Tujuan bengkel ini bagi  mendedahkan program bersama  komuniti setempat dan mendedahkan pelajar-pelajar mengenai pengajian islam secara dalam talian. Peserta boleh mempelajari surah-surah yang lain secara beramai-ramai melalui sumber-sumber yang boleh didapati di carian Youtube.

   
Aktiviti 
Para pelajar membaca ayat-ayat Al Quran secara beramai-ramai dan pelajar juga didedahkan dengan video ayat-ayat suci Al Quran yang didapati secara online di Youtube. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran bacaan surah dengan mendengar bacaan-bacaan ustaz didalam Youtube tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 4-7 Julai 2019
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV,       Kota Bharu, Kelantan
Peserta : Umum
  
Tujuan 

Program ini dihadiri oleh orang awam dari pelbagai peringkat bersempena program Kelantan International Digital Expo (KIDEX) 2019 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu, Kelantan. Tujuan program ini dianjurkan adalah memperkenalkan program "Klilk Dengan Bijak" dan e-Waste dimana ianya didedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma.

Aktiviti 

Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dikunjungi oleh orang ramai golongan dewasa,belia dan kanak-kanak sempena gabungan pameran agensi yang lain. Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pendedahan mengenai panduan melayari internet secara selamat dan berhemah adalah berkait rapat dengan penerangan Klik Dengan Bijak. Selain itu, pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz dan aktiviti secara terbuka. Program ini juga dihadiri oleh wakil agensi-agensi yang lain seperti Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, SKMM, TM, Celcom, Agensi kerajaan, Aerodyne, Razer Pay, Maybank, iPay88, Onsite , Boost ,Jom Parking dan lain-lain lagi.

Gambar Disini


Tarikh : 21 Jun 2019
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Setelah menerangkan dan memberi tunjuk ajar tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan komputer, dimana peserta didedahkan dengan kuiz e-pembelajaran tersebut
  2. bagi menguji tahap keupayaan peserta selepas kelas Asas Teknologi Maklumat dilakukan.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar  pelajar rendah, dimana mereka ditugaskan menjawab kuiz pengenalan komputer secara online dalam tempoh masa yang ditetapkan.
    2. Tujuan permainan KAHOOT ini adalah peserta hendaklah memilih jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut hendaklah dipilih mengikut warna jawapan berdasarkan skrin dihadapan.

      Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 21 Jun 2019
Masa : 03.30 petang - 05.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan memberi pendedahan tentang kelebihan menggunakan internet dan laman web untuk dijadikan bahan rujukan iaitu laman web Youtube.Peserta didedahkan dengan aktiviti berfaedah yang boleh dirujuk di laman web tersebut untuk di isi pada masa lapang.
   
Aktiviti
  1. Peserta diberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai tutorial menngunakan aplikasi dan langkah-langkah bagi tujuan mengedit gambar berbentuk animasi. Peserta didedahkan dengan aplikasi yang harus di muat turun untuk tujuan tersebut. Peserta diterangkan melalui laman web Youtube.

Gambar Disini


Tarikh : 21 Jun 2019
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Setelah menerangkan dan memberi tunjuk ajar tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan komputer, dimana peserta didedahkan dengan kuiz e-pembelajaran tersebut
  2. bagi menguji tahap keupayaan peserta selepas kelas Asas Teknologi Maklumat dilakukan.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar  pelajar rendah, dimana mereka ditugaskan menjawab kuiz pengenalan komputer secara online dalam tempoh masa yang ditetapkan.
    2. Tujuan permainan KAHOOT ini adalah peserta hendaklah memilih jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut hendaklah dipilih mengikut warna jawapan berdasarkan skrin dihadapan.

      Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini


Kalendar

November 2024
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30