Tarikh : 4-7 Julai 2019
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV,       Kota Bharu, Kelantan
Peserta : Umum
  
Tujuan 

Program ini dihadiri oleh orang awam dari pelbagai peringkat bersempena program Kelantan International Digital Expo (KIDEX) 2019 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu, Kelantan. Tujuan program ini dianjurkan adalah memperkenalkan program "Klilk Dengan Bijak" dan e-Waste dimana ianya didedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma.

Aktiviti 

Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dikunjungi oleh orang ramai golongan dewasa,belia dan kanak-kanak sempena gabungan pameran agensi yang lain. Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pendedahan mengenai panduan melayari internet secara selamat dan berhemah adalah berkait rapat dengan penerangan Klik Dengan Bijak. Selain itu, pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz dan aktiviti secara terbuka. Program ini juga dihadiri oleh wakil agensi-agensi yang lain seperti Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, SKMM, TM, Celcom, Agensi kerajaan, Aerodyne, Razer Pay, Maybank, iPay88, Onsite , Boost ,Jom Parking dan lain-lain lagi.

Gambar Disini


Kalendar

November 2024
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30