Tarikh : 7 Disember 2019
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong

  

 

Pada 7 Disember 2019 (Sabtu), Pusat Internet Bunut Payong telah melancarkan program Hari Bersama Komuniti bagi tahun 2019 yang dirasmikan oleh Encik Abdullah Mohd Zin (Ketua Unit Peperiksaan PPD Kota Bharu).Turut diiringi bersama wakil daripada pihak Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Sdn Bhd. Majlis ini turut dihadiri oleh MPKK Kg Lundang,Ahli Jawatankuasa Pusat Internet Bunut Payong,usahawan-usahawan serta komuniti-komuniti Bunut Payong.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster Dashboard Komuniti, Pertandingan Menaip Pantas , Pertandingan Mencipta Poster ,Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Kuiz ICT, Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet  secara percuma juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Bunut Payong.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan dan NGO seperti ASB,Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan  serta  Jabatan Kesihatan Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung.

Diharapkan dengan Majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Internet  ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Gambar Disini

 


Tarikh : 7 Disember 2019
Masa : 9.30 pagi -10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Aktiviti pertandingan kuiz ICT digital diadakan sempena program Hari Bersama Komuniti tahun 2019. Disamping memperkenalkan Pusat Internet Bunut Payong kepada komuniti setempat.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada golongan dewasa, dimana mereka ditugaskan menjawab kuiz yang telah disediakan secara online dalam tempoh masa yang ditetapkan.
    2. Tujuan permainan KAHOOT ini adalah peserta hendaklah memilih jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut hendaklah dipilih mengikut warna jawapan berdasarkan skrin dihadapan.

      Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 06 Disember 2019
Masa 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong

  

Tujuan 
Aktiviti pertandingan gubahan bunga tisu diadakan sempena program Hari Bersama Komuniti tahun 2019. Disamping memperkenalkan Pusat Internet Bunut Payong kepada komuniti setempat.
Aktiviti 
Aktiviti ini dijalankan sehari sebelum hari program, aktiviti pertandingan ini dihadiri oleh 10 orang peserta dewasa. Peserta hendaklah menyiapkan gubahan masing-masing mengikut kreativiti sendiri. Laman web "Youtube" dijadikan sebagai rujukan untuk gubahan tersebut. 

Gambar Disini


Tarikh : 06 Disember 2019
Masa : 10.00 pagi- 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan bengkel ini diadakan sempena cuti persekolahan adalah untuk menggalakkan para pelajar mengaplikasikan laman sesawang sebagai tempat mencari maklumat dan pembelajaran. Peserta menjadikan laman web Youtube sebagai tempat rujukan untuk membuat origami.
Aktiviti 
Para pelajar diajar mengenai asas penggunaan laman sesawang dan juga mendedahkan peserta dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat keja berkumpulan. Aktiviti ini menguji tahap kreativiti peserta dalam mencipta origami

Gambar Disini


Tarikh : 14 Oktober 2019
Masa : 03.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai seorang peserta yang terdiri daripada usahawan. Tujuan kelas ini diadakan memberi pendedahan tentang kelebihan menggunakan aplikasi Paint dan MS Office Word yang tersedia ada di dalam perisian komputer .Peserta didedahkan dengan aktiviti mengedit gambar secara asas menggunakan "Paint" dan mencetak menggunakan MS Office Word
   
Aktiviti
  1. Peserta diberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai tutorial menngunakan aplikasi Paint dan langkah-langkah bagi tujuan mengedit gambar secara asas. Tujuan kelas ini adalah memudahkan urusan usahawan tersebut mencetak sticker mengikut keperluan pelanggan.

Gambar Disini