Tarikh : 12 Oktober 2019
Masa : 04.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 9 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan memberi pendedahan tentang kelebihan menggunakan aplikasi Paint yang tersedia ada di dalam perisian komputer .Peserta didedahkan dengan aktiviti mengedit gambar secara asas menggunakan "Paint"
   
Aktiviti
  1. Peserta diberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai tutorial menngunakan aplikasi Paint dan langkah-langkah bagi tujuan mengedit gambar secara asas. Peserta diterangkan langkah-langkah mengedit serta menerusi tutorial video.

Gambar Disini


Tarikh : 12 Oktober 2019
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 9 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai 9 orang peserta peringkat sekolah rendah dan menengah. Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunaan MS Office Word untuk tugasan kerja khusus yang harus disiapkan.
   
Aktiviti
  1. Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word serta fungsi-fungsi didalamnya. Selain itu juga, peserta diajar untuk mempraktikkan tugasan yang ditugaskan menggunakan MS Office Word.Peserta diajar cara-cara menyalin semula gambar atau artikel dari sumber carian di internet ke dalam Microsoft Word Office Word

Gambar Disini


Tarikh : 18 September 2019
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1
Peserta : 327 orang
 
Tujuan
  1. Program ini dihadiri oleh pelajar Tahun 4,5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 bersempena program Kempen Keselamatan Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak Jauhi Dadah. Tujuan program ini dianjurkan adalah memberi pendedahan mengenai Jauhi Dadah serta memperkenalkan program "Klilk Dengan Bijak" dimana ianya didedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, program ini dianjurkan kerjasama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, AADK, Pejabat Kesihatan Kota Bharu dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) Kota Bharu.
   
Aktiviti
  1. Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pendedahan mengenai panduan melayari internet secara selamat dan berhemah adalah berkait rapat dengan penerangan Klik Dengan Bijak. Selain itu, pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz dan aktiviti secara terbuka. 

Gambar Disini


Tarikh : 12 Oktober 2019
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 9 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena tayangan video Klik Dengan Bijak bersama peserta-peserta. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang mendedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti 
Aktiviti ini  disertai seramai 9 orang peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan  taklimat dan tayangan video "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz soal jawab berkaitan dengan Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini


Tarikh : 17-20 September 2019
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 40 orang
  
 
Tujuan
  1. Tujuan utama program adalah setiap wakil jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Kota Bharu hadir untuk tujuan pengisian maklumat mengenai komuniti kampung masing-masing menerusi sistem secara dalam talian iaitu melalui sistem SPKPN.
   
Aktiviti
  1. Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan sistem tersebut dan mengisi dan memasukkan data-data yang diminta seperti maklumat dan gambar. Peserta hendaklah menyiapkan pengisian data tersebut dalam masa sehari. Disamping itu juga, mempromosi kan Pusat Internet sebagai salah satu tempat untuk membuat sebarang tugasan MPKK.

Gambar Disini