Tarikh : 30 Ogos 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi Latihan E-Pembelajaran menerusi atas talian kepada peserta di peringkat sekolah rendah 

    Memberi pendedahan mengenai kelebihan menjawab dan membuat latihan melalui e-pembelajaran permainan kuiz secara online bertemakan soalan-soalan sempena Ramadhan dan Hari Raya.

Aktiviti 

Tujuan aktiviti permainan pendidikan ini bertujuan membuka minda peserta dalam mencari jawapan dimana  jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan hendaklah diselesaikannya menggunakan pemikiran IQ masing-masing.

Jawapan-jawapan tersebut telah hendaklah dijawab secara online dengan masa yang ditetapkan. Peserta menjawab soalan-soalan yang disediakan melalui Kahoot.it secara berkumpulan.

Gambar Disini


Tarikh : 10 Mei 019
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Tujuan utama program tutorial membuat kad ucapan sempena bulan Ramadhan al-Mubarak bagi meningkatkan tahap kreativiti peserta dalam mereka kad ucapan masing-masing dengan bahan yang disediakan serta merasai kemeriahan bulan Ramadhan
   
Aktiviti
  1. Para pelajar diajar cara-cara membuat kad ucapan melalui tutorial yang diajar oleh pengajar menggunakan bahan-bahan yang disediakan dengan menggunakan aplikasi MS Word. 

  2. Peserta hendaklah membuat dan mendekorasi kad tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


Tarikh : 4 Mei 2019
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Kelantan FM, Wakaf Che Yeh(RTM)
Peserta : umum
 
Tujuan 

Program ini dihadiri oleh orang awam pelbagai peringkat umur bersempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke- 73 bagi tahun 2019. Tujuan program ini dianjurkan adalah membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma.

Aktiviti 
Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke- 73 bagi tahun 2019 dan pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz. 

Gambar Disini


Tarikh : 17 Mei 019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
  
 
Tujuan
  1. Tujuan utama program tutorial membuat kad ucapan sempena Hari Guru bagi meningkatkan tahap kreativiti peserta dalam mereka kad ucapan masing-masing dengan bahan yang disediakan serta merasai sambutan Hari Guru
   
Aktiviti
  1. Para pelajar diajar cara-cara membuat kad ucapan melalui tutorial yang diajar oleh pengajar menggunakan bahan-bahan yang disediakan dengan menggunakan aplikasi MS Word. 

  2. Peserta hendaklah membuat dan mendekorasi kad tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


Tarikh : 10 April 2019
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : BTPN Negeri Kelantan
Peserta : 100 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program Malaysia ICT Volunteer (MIV) advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang kerjasama oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pendedahan Klik Dengan Bijak bersama Pengetua, Guru-guru Kanan serta guru-guru . Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang mendedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti 
Aktiviti ini  disertai seramai 100 orang guru sekolah rendah dan menengah. Selain itu, mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dam MIV dimana guru-guru didedahkan dengan  taklimat dan pendedahan mengenai jenayah-jenayah salah laku di internet masa kini.

Gambar Disini