Tarikh : 15 September 2019
Masa : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi pendedahan mengenai asas pinjaman perniagaan bagi usahawan yang memerlukan modal untuk berniaga dan diberi pendedahan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Agro Bank.
Aktiviti 
  1. Usahawan diberi pendedahan mengenai asas perniagaan dan juga langkah pembiayaan semula pinjaman oleh usahawan yang berminat.
  2. Pegawai memberikan penerangan tentang asas pinjaman dan pengurusan perniagaan secara rutin kepada peserta. Pegawai berbincang tentang isu-isu semasa yang berbangkit dalam kalangan perniagaan peserta dan bank.

Gambar Disini


Tarikh : 23 Ogos 2019
Masa : 4.30 petang - 5.30 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
 
Tujuan
    1. Tujuan utama program ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang Dashboard Komuniti dalam aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh dimuat turun dari Google Play Store (Android) atau Apple Store (IOS) kepada 8 peserta golongan pelajar sekolah rendah. 
   
Aktiviti
    1. Memberi pengetahuan tentang kelebihan MyKomuniti dalam aplikasi Dashboard Komuniti(DK) dalam aspek perkongsian maklumat dan menerangkan cara untuk memuat naik sebarang status berkaitan ke dalam aplikasi sebagai salah satu cabang komunikasi sesama komuniti.MyKomuniti juga ruangan maklumat pengkongsian mengenai Pusat Internet sesama ahli

Gambar Disini


Tarikh : 08 Ogos 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Tujuan utama program tutorial membuat kad ucapan sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba. Disamping itu, aktiviti dilakukan bagi meluangkan masa cuti sekolah dan menguji tahap kreativiti peserta dalam mereka kad ucapan masing-masing dengan bahan yang disediakan serta merasai kemeriahan hari raya.
   
Aktiviti
  1. Para pelajar diajar cara-cara membuat kad ucapan melalui tutorial yang diajar oleh pengajar menggunakan bahan-bahan yang disediakan dengan menggunakan aplikasi MS Word. 

  2. Peserta hendaklah membuat dan mendekorasi kad tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


Tarikh : 29 Ogos 2018
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi Latihan E-Pembelajaran Menerusi Atas Talian Kepada Peserta Di Peringkat Rendah Dan Menengah.

    Memberi pendedahan mengenai kelebihan menjawab dan membuat latihan melalui e-pembelajaran permainan kuiz secara online bertemakan soalan Hari Kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan ke-62 bagi tahun 2019.

Aktiviti 

Tujuan aktiviti permainan pendidikan ini bertujuan membuka minda peserta dalam mencari jawapan dimana  jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan hendaklah diselesaikannya menggunakan pemikiran IQ masing-masing. Jawapan-jawapan tersebut telah hendaklah dijawab secara online dan berkumpulan dengan masa yang ditetapkan.

Peserta menjawab soalan-soalan yang disediakan melalui Kahoot.it secara berkumpulan.

Sempena bulan sambutan Kemerdekaan, program ini dilakukan bersempena memupuk rasa cinta terhadap negara dalam kalangan peserta serta menyemarakkan semangat kemedekaan dalam kalangan kita sebagai rakyat Malaysia.

Gambar Disini


Tarikh : 26 Julai 2019
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Program ini dihadiri seramai 10 orang pelajar dari Pusat Tahfiz Sri Lundang. Tujuan program ini diadakan ialah memberi pendedahan mengenai penggunaa media sosial dilaman sesawang yang boleh digunakan sebagai tempat perhubungan antara dua pihak atau lebih dari jarak jauh. Selain itu juga, peserta didedahkan dengan penggunaan media sosial secara selamat.

Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang kelebihan mempunyai akaun peribadi di dalam laman sosial. Peserta juga diberi pendedahan agar menggunakan laman sosial dengan selamat dan berhemah dalam penggunaan media sosial

Gambar Disini