Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
  
 
Tujuan
  1. Tujuan utama program bertujuan memberi pendedahan mengenai permainan pendidikan ICT secara online.
  2. Disamping itu, ia menguji tahap pemikiran peserta dalam menyelesaikan soalan yang diberi dengan pemberian kata kunci dalam tempoh masa yang ditetapkan.
   
Aktiviti
  1. Tujuan permainan Word Scramble Puzzle ini adalah untuk menyusun perkataan jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut telah tersusun didalam satu kotak dan peserta diberi kata kunci bagi setiap soalan.

    Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta peringkat sekolah rendah. Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunaan MS Office Word untuk tugasan kerja khusus yang harus disiapkan.
   
Aktiviti
  1. Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word sera fungsi-fungsi didalamnya. Selain itu juga, peserta diajar untuk mempraktikkan tugasan yang ditugaskan menggunakan MS Office Word.Peserta diajar cara-cara menyalin semula gambar atau artikel dari sumber carian di internet ke dalam Microsoft Word Office Word

Gambar Disini


Tarikh : 17 Januari 2019
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta golongan belia. Tujuan kelas  ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar mengenai asas penggunaan di dalam aplikasi Adobe Photoshop. Selain itu, memberi pendedahan mengenai fungsi-fungsi tools yang ada didalam aplikasi tersebut untuk tujuan penggunaan mengedit gambar.

   
Aktiviti 

Para peserta diajar mengenai asas menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Peserta hendaklah merekacipta satu logo asas mengikut kreativiti masing-masing bagi melatih diri menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.

Gambar Disini


Tarikh : 7 Februari 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 7 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi Latihan E-Pembelajaran menerusi atas talian Kepada Peserta di peringkat sekolah rendah 

    Memberi pendedahan mengenai kelebihan menjawab dan membuat latihan melalui e-pembelajaran permainan kuiz secara online bertemakan soalan-soalam umum KBKK

Aktiviti 
Tujuan aktiviti permainan pendidikan ini bertujuan membuka minda peserta dalam mencari jawapan dimana  jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan hendaklah diselesaikannya menggunakan pemikiran IQ masing-masing. Jawapan-jawapan tersebut telah hendaklah dijawab secara online dengan masa yang ditetapkan.Peserta menjawab soalan-soalan yang disediakan melalui Kahoot.it secara berkumpulan

Gambar Disini


Tarikh : 04 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong

  

 Tujuan

Pada 4 Januari 2019 (Jumaat), Pusat Internet Bunut Payong telah mengandjurkan program Hari Jom SIhat Bersama Pusat Internet Bunut Payong yang dirasmikan oleh Encik Abdullah bin Mohd Zin (Pengerusi PI Bunut Payong).Turut diiringi bersama ialah wakil dari Klinik Kesihatan Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa PI Bunut Payong dan komuniti-komuniti setempat.

Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna, Jom Gosok Gigi , Kuiz Kesihatan Online dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. 

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Kota Bharu dan Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung.

Diharapkan program Jom SIhat Bersama Pusat Internet  ini, mencapai objektif dimana ianya bertujuan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk oenjagaan kesihatan dan persekitaran bersih serta mengeratkan kerjasama PI  dengan komuniti Kampung, agensi, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat

Gambar Disini