Tarikh : 25 Julai 2020
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 6 orang

 

Tujuan
  1. Kelas keusahawanan ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada usahawan baru yang menyertai Pertandingan Usahawan Baru Online PI. Tujuan kelas ini diadakan memberi tunjuk ajar kepada usahawan baru menceburi platform jualan Shopee/Lazada .Selain itu juga, ia mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan dimana boleh membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform untuk tunjuan perniagaan.
   
Aktiviti
  1. Peserta di ajar langkah-langkah daripada awal hingga ke akhir untuk berniaga di dalam platform tersebut. Selain itu, peserta akan mengikuti kelas keusahawanan ini sekali seminggu untuk tujuan merekod hasil jualan sepanjang tempoh pertandingan.

Gambar Disini


Tarikh : 22 Februari 2020
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 5 orang
 
Tujuan
    1. Tujuan utama program ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang Dashboard Komuniti dalam aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh dimuat turun dari Google Play Store (Android) atau Apple Store (IOS) kepada 5 peserta golongan pelajar sekolah rendah. 
   
Aktiviti
    1. Memberi pengetahuan tentang kelebihan MyKomuniti dalam aplikasi Dashboard Komuniti(DK) dalam aspek perkongsian maklumat dan menerangkan cara untuk memuat naik sebarang status berkaitan ke dalam aplikasi sebagai salah satu cabang komunikasi sesama komuniti.MyKomuniti juga ruangan maklumat pengkongsian mengenai Pusat Internet sesama ahli

Gambar Disini


Tarikh : 11 Januari 2020
Masa : 8.30 pagi -11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Aktiviti pertandingan mencipta artikel diadakan sempena program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan . Disamping mempromosikan kelangsungan Pusat Internet Bunut Payong dan menjalankan kempen kesihatan kepada komuniti setempat.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah, dimana mereka ditugaskan mencipta artikel bertemakan soalan yang disediakan.
    2. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah menguji tahap IQ peserta dalam mencipta artikel. Disamping itu tahap penguasaan penggunaan Microsoft Office Word.

Gambar Disini


Tarikh : 11 Januari 2020
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong

  

 Aktiviti

Pada 11 Januari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Bunut Payong telah melancarkan program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan yang dirasmikan oleh Dr Rosnani Binti Ngah (Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia).Turut diiringi bersama wakil daripada Klinik Kesihatan Kota Bharu, Pusat Perubatan Sains Pergigian, Unit Oftalmologi HUSM dan Nestle. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua MPKK Kg Lundang,Ahli Jawatankuasa Pusat Internet Bunut Payong,usahawan-usahawan serta komuniti-komuniti Bunut Payong.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Mencipta Artikel, Pertandingan Kuiz ICT, Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung.

Diharapkan dengan program  ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Gambar Disini


Tarikh : 11 Januari 2020
Masa : 8.30 pagi -11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Aktiviti pertandingan Kuiz ICT Digital (Kahoot) diadakan sempena program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan . Disamping mempromosikan kelangsungan Pusat Internet Bunut Payong dan menjalankan kempen kesihatan kepada komuniti setempat.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada golongan dewasa, dimana mereka ditugaskan menjawab kuiz yang telah disediakan secara online dalam tempoh masa yang ditetapkan.
    2. Tujuan permainan KAHOOT ini adalah peserta hendaklah memilih jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut hendaklah dipilih mengikut warna jawapan berdasarkan skrin dihadapan.

      Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini