USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN & MAKANAN

Nama : Nor Idayu Binti Ridzwan
Umur : 25 tahun (2017)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Puan Idayu telah menjual barangan jahitan kanak-kanak, kraftangan dan kek secara kecil-kecilan disekitar Kampung Lundang. Puan Idayu telah menceburi bidang perniagaan ini lebih satu tahun yang lalu. Beliau menceburi bidang perniagaan semenjak zaman university lagi. Puan Idayu merupakan seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Sumber Manusia (Human Resources). Beliau adalah salah seorang usahawan muda di kawasan Lundang yang menghasilkan barangan yang dibuat dari barangan dan kertas terpakai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual secara kecil-kecilan sahaja.Dan hanya menjalankan perniagaan kepada kenalan rapat beliau dan kedai berdekatan sahaja secara luar talian / offline (COD sekitar Kota Bharu) di mana pendapatan bulanannya hanya RM 250

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menerusi kelas latihan ICT dan keusahawanan yang dilatih oleh petugas Pusat Internet Bunut Payong. Beliau kini menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan barangan yang ditawarkan .Secara tidak langsung pelanggan beliau kini semakin hari semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM300.