CELIK IT

Nama : Mohd Syakir Zulfairi Binti Mazalan
Umur : 13 tahun (2017)
Ahli : Ogos 2017 - sekarang

 

Latar belakang

Mohd Syakir Zulfairi merupakan pelajar sekolah menengah tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail dan bakal menduduki PT3 pada tahun 2019. Beliau menetap di Kampung Lundang berhampiran dengan Masjid Lundang dan juga merupakan ahli Pusat Internet Bunut Payong yang paling aktif di mana beliau sentiasa menghadiri kelas-kelas yang diadakan dan selalu menggunakan perkhidmatan di PI Bunut payong

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatannya di PI Bunut Payong, Mohd Syakir Zulfairi tidak mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer dan internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengunjungi dan menjadi ahli PI Bunut Payong, Mohd Syakir Zulfairi sering menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan yang disediakan di PI Bunut Payong. Beliau juga tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Bunut Payong seperti kelas E-Pembelajaran, latih tubi, menaip menggunakan MS Office Word dan lain-lain lagi.

Dari situ beliau mula berminat untuk belajar dan menjawab kertas-kertas latihan secara online. Beliau juga menggunakan kemudahan PI  Bunut Payong untuk mencari bahan-bahan kerja sekolah yang dibimbing oleh petugas PI Bunut Payong kerana keadaan di PI Bunut Payong jauh lebih selesa berbanding tempat lain.