Tarikh : 24 Oktober 2017
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan
Peserta : 1100 orang
 
Tujuan 

Program ini dihadiri seramai 1100 orang pelajar dari sekolah Negeri Kelantan bersempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Kelantan 2017. Tujuan program ini dianjurkan adalah membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma.

Aktiviti 
Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Kelantan 2017 dan pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz. Pengunjung yang berkunjung seramai 1100 orang mewakili sekolah-sekolah seluruh Negeri Kelantan

Gambar Disini