Tarikh : 05 Disember 2018
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai 1 orang peserta dari golongan dewasa wanita. Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunaan MS Office Word untuk tugasan kerja khusus yang harus disiapkan.
   
Aktiviti
  1. Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word sera fungsi-fungsi didalamnya. Selain itu juga, peserta diajar untuk mempraktikkan tugasan yang ditugaskan menggunakan MS Office Word.Peserta menyiapkan tugasan kerja khusus bagi menyiapkan tugasan laporan kerja khusus jabatan.

Gambar Disini


Tarikh : 04 Disember 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
      1. Memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai cara-cara pengaktifan dan penggunaan sistem perbankan dalam talian Maybank2u. Selain itu memberi pendedahan mengenai keselamatan penggunaan sistem perbankan dalam talian
   
Aktiviti
      1. Peserta terdiri daripada golongan dewasa diberi pendedahan tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan perbankan atas talian.  
      2. Peserta juga diajar cara-cara menyemak report akaun debit credit untuk tujuan perniagaan.

Gambar Disini


Tarikh : 08 Disember 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
  1. Memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Powerpoint setelah sambungan daripada kelas pembelajaran MS Office Word , dalam kerja seharian atau tugasan persekolahan.

Pengenalan kepada Asas MS Office PowerPoint 2010 dimana peserta akan belajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam PowerPoint 2010.Peserta diajar asas penggunaan dan cara penggunaannya. 

   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah diberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan Microsoft Office Powerpoint dalam kerja-kerja sekolah yang melibatkan aktiviti  
    2. Peserta juga dilatih bagi membiasakan diri dengan aktiviti menaip menggunakan MS Word dan Powerpoint.

Gambar Disini


Tarikh : 08 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 6 orang

 

Tujuan
  1. Tujuan utama program bertujuan memberi pendedahan mengenai e-pembelajaran secara online sempena mengisi masa lapang cuti sekolah.
  2. Disamping itu, ia menguji tahap pemikiran peserta dalam menyelesaikan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
   
Aktiviti
  1. Tujuan e-pembelajaran ini, adalah memberi latihan, pendedahan dan pembelajaran secara berkumpulan untuk berkongsi idea tentang pemilihan warna serta dapat meningkatkan daya tahap kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. 

Gambar Disini


Tarikh : 17 November 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunaan MS Office Word untuk kerja seharian sekolah jika ditugaskan nanti.
   
Aktiviti
  1. Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word sera fungsi-fungsi didalamnya. Selain itu juga, pelajar diajar untuk mempraktikkan aktiviti menaip melalui MS Office Word.Peserta diberi tugasan membuat peta minda salasiah keluarga bagi tujuan kemahiran menaip untuk lebih cekap dan mengetahui fungsi-fungsi didalam Microsoft Word.

Gambar Disini