Tarikh : 16 November 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
  1. Memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Powerpoint setelah sambungan daripada kelas pembelajaran MS Office Word , dalam kerja seharian atau tugasan persekolahan.

Pengenalan kepada Asas MS Office PowerPoint 2010 dimana peserta akan belajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam PowerPoint 2010.Peserta diajar asas penggunaan dan cara penggunaannya. 

   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah diberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan Microsoft Office Powerpoint dalam kerja-kerja sekolah yang melibatkan aktiviti  
    2. Peserta juga dilatih bagi membiasakan diri dengan aktiviti menaip menggunakan MS Word dan Powerpoint.

Gambar Disini


Tarikh : 2 November 2018
Masa : 3.00 petang -5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seorang peserta dari pelajar sekolah rendah. Peserta menghadiri kelas sambungan bagi tujuan pembelajaran asas komputer.Tujuan utama program ialah memberi pendedahan mengenai kepentingan kemahiran dalam menggunaan MS Office Word untuk kerja seharian sekolah jika ditugaskan nanti.
   
Aktiviti
  1. Memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Word sera fungsi-fungsi didalamnya. Selain itu juga, pelajar diajar untuk mempraktikkan aktiviti menaip melalui MS Office Word.Peserta diberi tugasan menaip surat rasmi bagi tujuan kemahiran menaip untuk lebih cekap dan mengetahui fungsi-fungsi didalam Microsoft Word.

Gambar Disini


Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi Latihan E-Pembelajaran Menerusi Atas Talian Kepada Peserta Di Peringkat Rendah Dan Menengah.

    Memberi pendedahan mengenai kelebihan kaedah kemahiran menaip secara betul dan pantas.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan peserta dalam mengisi masa menggunakan internet secara positif dan bijak dengan permainan pendidikan ini. Selain itu, aktiviti juga boleh meningkatkan kemahiran menaip peserta.

Aktiviti 

Peserta dikehendaki menaip dengan pantas dalam masa satu minit yang diberikan. Melalui latihan menaip ini, peserta boleh memilih bahasa untuk dijadikan latihan menaip. Peserta melakukan aktiviti ini secara dalam talian.

Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam menaip perkataan yang telah diberi.

Gambar Disini


Tarikh : 26 Oktober 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 2 orang
  
 
Tujuan
  1. Menerangkan dan memberi tunjuk ajar tentang pengenalan kepada asas perkakasan komputer, dimana peserta didedahkan dengan gambar perkakasan-perkakasan komputer dan kegunaan serta fungsi perkakasan tersebut.
  2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas tentang komputer serta keupayaan komputer berfungsi dalam penggunaan kita sebagai pengguna.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah diberi pendedahan mengenai penggunaan Microsoft Word dalam kerja seharian, dimana peserta diterangkan mengenai fungsi-fungsi setiap butang terdapat didalam Microsoft Word.
    2. Disamping itu, peserta didedahkan dengan permainan pembelajaran Menaip Pantas bagi menguji sambil belajar menaip dengan uji masa tahap ketangkasan masa peserta dalam menaip.

Gambar Disini


Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong

  

 

Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), Pusat Internet Bunut Payong telah melancarkan program Hari Bersama Komuniti nagi tahun 2018 yang dirasmikan oleh Encik Mohd Faizal Bin Mat Nor (Pegawai ICT PPD Kota Bharu).Turut diiringi bersama wakil daripada pihak Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Sdb Bhd. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Internet Bunut Payong serta komuniti-komuniti Bunut Payong.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster Dashboard Komuniti, Pertandingan Menaip Pantas , Pertandingan Mencipta Poster ,Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet  secara percuma juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Bunut Payong.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan dan NGO seperti Balai Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta  Jabatan Kesihatan Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung.

Diharapkan dengan Majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Internet  ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Gambar Disini