Tarikh : 09 Oktober 2018
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pejabat Pos Kubang Kerian
Peserta : 100 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program program sambutan hari pos sedunia anjuran bersama SKMM, bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan sektor pos di kalangan kehidupan harian rakyat dan sektor perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara.

Sambutan menggalakkan negara-negara anggota untuk menjalankan aktiviti-aktiviti program yang bertujuan untuk menjana kesedaran yang lebih luas peranan pos dan aktiviti-aktiviti di kalangan orang awam,pelajar sekolah serta media.
Aktiviti 
Program ini merupakan anjuran bersama SKMM. Disamping itu, SKMM memperkenalkan program "Klik Dengan Bijak" kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kubang Kerian Tahun 6. Pelajar juga diberi goodies Klik Dengan Bijak kepada pelajar-pelajar tersebut

Gambar Disini


Tarikh : 4 Oktober 2018
Masa : 10.45 pagi - 12.45 tengahari
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
Peserta : 86 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena taklimat Klik Dengan Bijak bersama pelajar-pelajar SK Pengkalan Chepa. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang mendedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti 
Aktiviti ini dijalankan pada hari persekolahan dan disertai seramai 86 orang murid Tahun 6 serta guru-guru. Selain itu, mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan  taklimat dan tayangan video "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz soal jawab berkaitan dengan Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

 


 

Tarikh : 14 September 2018
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi Latihan E-Pembelajaran Menerusi Atas Talian Kepada Peserta Di Peringkat Rendah Dan Menengah.

    Memberi pendedahan mengenai kelebihan menjawab dan membuat latihan melalui e-pembelajaran menjawab kuiz permainan BINGO secara dalam talian bertemakan soalan Klik Dengan Bijak.

Aktiviti 

Tujuan aktiviti permainan BINGO ini adalah untuk menemukan jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut telah tersusun didalam satu kotak

Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 14 September 2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Menerangkan dan memberi tunjuk ajar tentang pengenalan perkakasan komputer, dimana peserta didedahkan dengan gambar perkakasan-perkakasan komputer dan kegunaan serta fungsi perkakasan tersebut.
  2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas tentang komputer serta keupayaan komputer berfungsi dalam penggunaan kita sebagai pengguna.
   
Aktiviti
    1. Peserta terdiri daripada pelajar  pelajar Sekolah Tahfiz Lundang diberi kuiz Bingo berkaitan dengan perkakasan komputer, dimana mereka ditugaskan menjawab kuiz pengenalan komputer secara online dalam tempoh masa yang ditetapkan.
    2. Tujuan permainan BINGO ini adalah untuk menemukan jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Jawapan-jawapan tersebut telah tersusun didalam satu kotak

      Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 13 September 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
 
Tujuan
    1. Tujuan utama program mewarna secara dalam talian  bersempena memperkenalkan pembelajaran menerusi laman sesawang yang boleh digunakan untuk tujuan mewarna secara dalam talian.
    2. Melatih tahap daya imaginasi dan kreativiti peserta bagi menghasilkan warna gambar yang menarik.
   
Aktiviti
    1. Para pelajar diperkenalkan dengan laman sesawang mewarna secara dalam talian iaitu menerusi laman web www.colouringpages4u.com 

    2. Melatih peserta dalam mengisi masa lapang dengan e-pembelajaran yang berfaedah.

Gambar Disini