Tarikh : 17 November 2018
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena taklimat Klik Dengan Bijak bersama pelajar-pelajar SK Pengkalan Chepa. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang mendedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti 
Aktiviti ini  disertai seramai 8 orang peserta sekolah rendah dan menengah. Selain itu, mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan  taklimat dan tayangan video "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz soal jawab berkaitan dengan Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini