Tarikh | : 11 Januari 2020 |
Masa | : 8.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
Aktiviti | |
Pada 11 Januari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Bunut Payong telah melancarkan program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan yang dirasmikan oleh Dr Rosnani Binti Ngah (Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia).Turut diiringi bersama wakil daripada Klinik Kesihatan Kota Bharu, Pusat Perubatan Sains Pergigian, Unit Oftalmologi HUSM dan Nestle. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua MPKK Kg Lundang,Ahli Jawatankuasa Pusat Internet Bunut Payong,usahawan-usahawan serta komuniti-komuniti Bunut Payong. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Mencipta Artikel, Pertandingan Kuiz ICT, Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Diharapkan dengan program ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. |