Tarikh | : 13 Oktober 2018 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), Pusat Internet Bunut Payong telah melancarkan program Hari Bersama Komuniti nagi tahun 2018 yang dirasmikan oleh Encik Mohd Faizal Bin Mat Nor (Pegawai ICT PPD Kota Bharu).Turut diiringi bersama wakil daripada pihak Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Sdb Bhd. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Internet Bunut Payong serta komuniti-komuniti Bunut Payong. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster Dashboard Komuniti, Pertandingan Menaip Pantas , Pertandingan Mencipta Poster ,Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet secara percuma juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Bunut Payong. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan dan NGO seperti Balai Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Kesihatan Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Diharapkan dengan Majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Internet ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. |