Tarikh | : 6 Disember 2017 |
Masa | : 3.00 petang- 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan program ini dianjurkan adalah memberi penerangan tentang website dan kepentingan website.Selain itu juga, membantu peserta untuk mencari maklumat atau sebarang informasi melalui website. |
|
Aktiviti | |
|
|
Tarikh | : 04 Disember 2017 |
Masa | : 2.30 petang- 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri seramai 6 orang pelajar dari sekolah sekolah rendah dan menengah. Tujuan program ini diadakan ialah memberi penerangan mengenai penggunaan media sosial dilaman sesawang yang boleh digunakan sebagai tempat perhubungan antara dua pihak atau lebih dari jarak jauh. Selain itu juga, peserta dilatih mencipta akaun email, facebook dan skype untuk kemudahan perhubungan masa datang. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang kelebihan mempunyai akaun peribadi di dalam laman sosial.Peserta juga diberi pendedahan agar menggunakan laman sosial dengan selamat dan berhemah dalam penggunaan media sosial | |
Tarikh | : 21 November 2017 |
Masa | : 10.00 pagi- 11.30 pagi |
Lokasi | : Sek Men Jenis Kebangsaan Chung Cheng |
Peserta | : 75 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri seramai 75 orang pelajar dari sekolah Negeri Kelantan bersempena ceramah kesedaran dan panduan melayari internet secara selamat dan berhemah. Tujuan program ini dianjurkan adalah membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma. |
|
Aktiviti | |
Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) ceramah kesedaran dan panduan melayari internet secara selamat dan berhemah adalah berkait rapat dengan penerangan Klik Dengan Bijak. Selain itu, pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz secara terbuka dan aktiviti ini dijalankan pada hari persekolahan dan disertai seramai 73 orang murid serta guru-guru. | |
Tarikh | : 2-3 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi- 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Transformasi Bandar(UTC) Kota Bharu |
Peserta | : 150 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri seramai 150 orang pelajar dan orang awam dari pelbagai peringkat bersempena program Karnival Sains dan Teknologi Kelantan 1.0 bertempat di Pusat Transformasi Bandar(UTC) Kota Bharu. Tujuan program ini dianjurkan adalah memperkenalkan program "Klilk Dengan Bijak" dimana ianya didedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dikunjungi oleh orang ramai golongan dewasa,belia dan kanak-kanak sempena gabungan pameran agensi yang lain. Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) ceramah kesedaran dan panduan melayari internet secara selamat dan berhemah adalah berkait rapat dengan penerangan Klik Dengan Bijak. Selain itu, pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz dan aktiviti secara terbuka. | |
Tarikh | : 23 November 2017 |
Masa | : 4.00 petang-6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan program diadakan adalah memberi pendedahan tentang aplikasi Microsoft Word 2010 bagi tujuan pembelajaran dan tugasan sekolah yang menggunakan aplikasi tersebut.Peserta juga didedahkan dengan Asas MS Office PowerPoint 2010 dimana peserta akan belajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam PowerPoint 2010. | |
Aktiviti | |
Peserta juga diajar membiasakan diri dengan aktiviti menaip menggunakan Microsoft Office Word.
Peserta membuat latihan dimana mereka menaip maklumat diri mereka dalam Microsoft Word |
|