Program ini dihadiri seramai 75 orang pelajar dari sekolah Negeri Kelantan bersempena ceramah kesedaran dan panduan melayari internet secara selamat dan berhemah. Tujuan program ini dianjurkan adalah membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma.
|