Tarikh | : 2-3 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi- 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Transformasi Bandar(UTC) Kota Bharu |
Peserta | : 150 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri seramai 150 orang pelajar dan orang awam dari pelbagai peringkat bersempena program Karnival Sains dan Teknologi Kelantan 1.0 bertempat di Pusat Transformasi Bandar(UTC) Kota Bharu. Tujuan program ini dianjurkan adalah memperkenalkan program "Klilk Dengan Bijak" dimana ianya didedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, memperkenalkan Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk para pelajar mengakses internet, penggunaan komputer serta kelas latihan secara percuma. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dikunjungi oleh orang ramai golongan dewasa,belia dan kanak-kanak sempena gabungan pameran agensi yang lain. Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) ceramah kesedaran dan panduan melayari internet secara selamat dan berhemah adalah berkait rapat dengan penerangan Klik Dengan Bijak. Selain itu, pengunjung didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz dan aktiviti secara terbuka. | |