Tarikh :22 Disember 2017
Masa : 3.00 petang- 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 

Tujuan utama program ialah bersempena dengan Hari Natal, peserta diberi pendedahan tentang perayaan berlainan kaum bagi rakyat lain di Malaysia. Memberi Pendedahan mengenai permainan online dalam pembelajaran dimana peserta hendaklah menyelesaikannya menggunakan pemikiran IQ masing-masing.

Aktiviti 
  • Aktiviti utamanya adalah bermain menyusun jigsaw puzzle dan hendaklah menyelesaikannya dengan masa yang diberi sempena Hari Natal . Selain itu, ianya juga permainan secara pembelajaran secara online, dimana menggunakan konsep penyelesaian menggunakan IQ pemikiran masing-masing.

Gambar Disini

 


Tarikh :14 Disember 2017 
Masa : 3.00 petang- 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 

Tujuan utama program ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang Dashboard Komuniti dalam aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh dimuat turun dari Google Play Store (Android) atau Apple Store (IOS) kepada 9 peserta golongan pelajar sekolah rendah, dan menengah. 

Aktiviti 
  • Memberi pengetahuan tentang kelebihan Myshop dalam aplikasi Dashboard Komuniti(DK) dimana ahli-ahli Pusat Internet boleh menjual hasil jualan melalui MyShop dan akan dilayari oleh semua ahli Pusat Internet seluruh Malaysia. Selain itu juga, menerangkan bahawa DK(MyShop) boleh menjana pendapatan selain daripada jualan atas talian yang lain.

Gambar Disini


Tarikh :9 Disember 2017
Masa : 3.00 petang- 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 18 orang

 

Tujuan 

Tujuan utama program ialah memberi penerangan dan penjelasan tentang Dashboard Komuniti dalam aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh dimuat turun dari Google Play Store (Android) atau Apple Store (IOS) kepada 18 peserta golongan pelajar sekolah rendah, dan menengah. 

Aktiviti 
  • Memberi pengetahuan tentang kelebihan MyHealth dalam aplikasi Dashboard Komuniti(DK). Peserta juga melakukan pemeriksaan kadar tekanan darah masing-masing bersempena program Dashboard Komuniti(MyHealth)

Gambar Disini


Tarikh : 14 Disember 2017
Masa :3.00 petang- 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 

Tujuan utama program ialah bersempena dengan hari sambutan Maulidur Rasul dimana diperingati oleh umat islam pada bulan Rabi'ul Awwal , bulan ketiga didalam kalendar islam. Maulidur rasul turut dikenali sebagai Maulud Nabi di Malaysia , dan biasanya akan dipenuhi dengan ceramah agama serta bacaan ayat suci al-Quran.

Aktiviti 
  • Aktiviti utamanya adalah mendedahkan tentang sejarah negara islam bersempena Maulidur Rasul. Peserta menonton video kisah terjadi hari Maulidur Rasul. Selain itu, peserta disediakan kuiz tentang sejarah islam dan peserta hendaklah menjawabnya dengan masa yang ditetapkan.

Gambar Disini


Tarikh : 6 Disember 2017
Masa : 5.00 petang- 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Program ini dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan utama program bertujuan memberi pendedahan mengenai permainan ICT secara online. Disamping itu, ia menguji tahap pemikiran peserta dalam menyelesaikan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Aktiviti 
  • Tujuan aktiviti permainan pendidikan ini bertujuan membuka minda peserta dalam mencari jawapan dimana  jawapan-jawapan berdasarkan soalan yang diberikan hendaklah diselesaikannya menggunakan pemikiran IQ masing-masing.. Jawapan-jawapan tersebut telah tersusun didalam satu kotak . Disamping itu, permainan interaktif ini menguji tahap ketangkasan masa peserta dalam mencari jawapan tersebut.

Gambar Disini