Tarikh : 29 Mac 2018
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Lundang
Peserta : 71 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena jemputan Klik Dengan Bijak bersama pelajar-pelajar SK Lundang.
Aktiviti 
Aktiviti ini dijalankan pada hari persekolahan dan disertai seramai 71 orang murid serta guru-guru. Selain itu, mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz. 

Gambar Disini

 


 

Tarikh : 17 Mac 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah rendah.Tujuan bengkel ini  diadakan sempena cuti penggal persekolah untuk menarik minat mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. 

Aktiviti 

Para pelajar didedahkan dengan laman web permainan online dalam pembelajaran yang menguji IQ dimana setiap permainan hendaklah diselesaikan dengan memikirkan jawapan yang betul.

Gambar Disini


 

Tarikh : 7 Mac 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi latihan serta ujian matapelajaran Sains kertas 1&2 sempena Ujian Penggal 1 Persekolahan yang berlangsung pada hari esok. Memberi pendedahan dan tips-tips soalan untuk persediaan ujian pada hari esok. Memberi pendedahan dan pembelajaran secara berkumpulan bagi tujuan berkongsi idea sesama rakan.
Aktiviti 

Peserta diberi set kertas ujian Sains kertas 1&2 Tahun 6 dan peserta hendaklah menjawabnya dalam masa yang ditetapkan.Setelah tamat ujian tersebut, peserta bersama-sama menyemak jawapan dan membincangkan jawapan bersama tenaga pengajar dan rakan-rakan.

Gambar Disini


Tarikh : 17 Mac 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 11 orang

 

Tujuan 

Aktiviti mewarna sempena cuti persekolahan, bagi mengisi masa lapang peserta-peserta. Melatih peserta dalam kerja berkumpulan dan berkongsi idea dalam mewarna bagi menghasilkan warna yang menarik

Aktiviti 

Gambar dipilih melalui website iaitu Quiver 3D. Peserta diberi tugasan mewarna dan tema adalah bebas dan peserta juga hendaklah menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberikan. Kertas yang siap diwarnakan, discan kod bar melalui applikasi Quiver 3D dan lukisan yang diwarnakan dilihat seperti bentuk 3D.

Gambar Disini


Tarikh : 5 Mac 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 
  1. Memberi latihan serta ujian Bahasa Inggeris sempena Ujian Penggal 1 Persekolahan yang berlangsung pada hari esok.Memberi pendedahan untuk persediaan ujian pada hari esok.
  2. Memberi pendedahan dan pembelajaran secara berkumpulan bagi tujuan berkongsi idea sesama rakan.
   
Aktiviti 

Peserta diberi set kertas ujian Bahasa Inggeris Tahun 6 dan peserta hendaklah menjawabnya dalam masa yang ditetapkan. Selepas ujian tersebut tamat, peserta bersama-sama menyemak jawapan dan membincangkan jawapan bersama tenaga pengajar dan rakan-rakan.

Gambar Disini