Tarikh : 06 Jun 2018
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 19 orang
  
 
Tujuan
  1. Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sempena program bersama pelajar-pelajar Tahfiz serta pelajar sekolah rendah dan menengah.
   
Aktiviti
  1. Para pelajar didedahkan dengan video-video dari program Klik Dengan Bijak dimana pelajar didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan media sosial  serta kempen kesedaran yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

    Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) 

Gambar Disini

 
 

Tarikh : 06 Jun 2018
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 19 orang
  
Tujuan
  1. Tujuan program kuiz Ihya’ Ramadhan 1439H ini dijalankan adalah untuk membudayakan penghayatan sempena berpuasa di bulan Ramadhan. Selain itu, menyemarakkan rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan oleh Al-Quran dan mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli-ahli Pusat Internet serta memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta memberi memberi pendedahan dalam menghidupkan suasana bulan Ramadhan secara praktikal.
Aktiviti
  1. Seramai 19 orang peserta yang menyertai kelas ini, ianya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Tahfiz serta pelajar sekolah rendah dan menengah.

  2. Kuiz Ramadhan 1439H diadakan sempena bulan Ramadan Kareem, kuiz ini mengandungi 3 bahagian soalan iaitu silang kata dan soalan objektif dimana semuanya berkaitan dengan puasa dan Ramadhan.

Gambar Disini


Tarikh : 25 Mei 2018
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 10 orang
  
 
Tujuan
  1. Memberi latihan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kad ucapan sempena bulan ramadhan menggunakan perisian MS Office Word kepada peserta di peringkat sekolah rendah dan menengah. Memberi pengetahuan dan kebiasaan tentang penggunaan perisian MS Office Word disamping boleh membuat kad ucapan dengan rekaan atau format yang telah disediakan. Memberi pendedahan cara mengambil gambar dari carian google untuk dimuatnaik ke dalam MS Office Word untuk menghasilkan hasil kerja yang menarik.
   
Aktiviti
  1. Peserta mempelajari tentang kegunaan dan kelebihan MS Office Word selain daripada menaip sahaja. Peserta juga belajar cara-cara mencari gambar yang berkaitan dicarian Google untuk disalin ke dalam MS Office Word.

Gambar Disini


Tarikh : 05 Jun 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang
 
Tujuan
  1. Kelas ini dihadiri seorang peserta terdiri daripada golongan dewasa. Tujuan kelas ini diadakan 
    1. memberi pengetahuan tentang penggunakan perkhidmatan perbankan secara atas talian dimana didedahkan dengan kelebihan dan cara-cara melayari laman sesawang cimb i-trade.
    2. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar mendaftar dalam CIMB i-TRADE melalui tutorial yang disediakan.
   
Aktiviti
  1. Peserta diberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai tutorial pendaftaran perbankan atas talian.Peserta juga mempelajari cara-cara untuk mengemaskini butiran peribadi dan menyemak pelaburan peribadi.

Gambar Disini


Tarikh : 24 Mei 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang
  
 
Tujuan
  1. Memberi latihan serta ujian matapelajaran Matematik & Sains kertas 1&2 sempena Ujian Pertengahan Tahun yang akan berlangsung pada hari esok.Selain itu, peserta diberi pendedahan dan tips-tips soalan untuk persediaan ujian pada hari esok serta memberi pendedahan dan pembelajaran secara berkumpulan bagi tujuan berkongsi idea sesama rakan.
   
Aktiviti
  1. Peserta diberi set kertas ujian Matematik & Sains kertas 1&2 Tahun 2 dan peserta hendaklah menjawabnya dalam masa yang ditetapkan.Selepas ujian tersebut tamat, peserta bersama-sama menyemak jawapan dan membincangkan jawapan bersama tenaga pengajar.

Gambar Disini