Tarikh : 20 April 2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 17 orang

 

Tujuan 
Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sempena program bersama pelajar-pelajar Tahfiz Sri Lundang.
   
Aktiviti 
Para pelajar didedahkan dengan video-video dari program Klik Dengan Bijak dimana pelajar didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan media sosial  serta kempen kesedaran yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz.

Gambar Disini


Tarikh : 5 April 2018
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 6 orang
 
Tujuan 

Memberi latihan mewarna dalam bentuk 3D dimana setiap gambar yang diwarnakan, di scan kodbar dan gambar akan menghasilkan bentuk 3D menggunakan aplikasi Quiver Vision.

Memberi pendedahan dan pembelajaran secara berkumpulan bagi tujuan berkongsi idea sesama rakan dalam kemahiran memilih warna.

Melatih tahap daya imaginasi otak peserta dalam melatih kerja berkumpulan dan berkongsi idea dalam mewarna bagi menghasilkan warna yang menarik

Aktiviti 

Memberi penerangan mengenai gambar yang diwarnakan dapat menghasilkan bentuk 3D dan gambar dipilih melalui website iaitu Quiver 3D.

Memupuk minat melukis dan mewarna sebagai suatu hobi yang berfaedah dimasa lapang.

Peserta diberi tugasan mewarna dan tema adalah bebas dan peserta juga hendaklah menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberikan. 

Gambar Disini


  

Tarikh : 3 April 2018
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 1 orang
 
Tujuan
Memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi MS Office Word dan Powerpoint dalam kerja seharian
Aktiviti
  1. Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan Microsoft Office dalam kerja-kerja seharian yang melibatkan aktiviti merekod atau tugasan harian.
  2. Peserta juga dilatih bagi membiasakan diri dengan aktiviti menaip menggunakan MS Word dan Powerpoint.

Gambar Disini


Tarikh : 2 April 2018
Masa : 4.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 5 orang
 
Tujuan 
Tujuan utama program advokasi bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) 
Aktiviti 

Aktiviti ini dijalankan pada hari persekolahan dan disertai seramai 5 orang peserta.

Mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan promosi "Klik Dengan Bijak" serta mengadakan kuiz. 

Memberi Pengetahuan Langkah-Langkah Waspada Dan Larangan Apabila Menggunakan Internet Sama Ada Media Sosial Atau Yang Berkaitan

Gambar Disini


Tarikh : 2 April 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bunut Payong
Peserta : 5 orang
 
Tujuan
  1. Memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi MS Office Word dalam kerja seharian.
  1. Melatih peserta menggunakan MS Office Word bagi  urusan tugasan kerja sekolah.
Aktiviti 
  1. Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan Microsoft Office dalam kerja-kerja seharian yang melibatkan aktiviti merekod atau tugasan harian.
  2. Peserta juga dilatih bagi membiasakan diri dengan aktiviti menaip menggunakan MS Word.

Gambar Disini