GERAI PISANG GORENG KAK YAH
Gerai Pisang Goreng Kak Yah atau nama pengusahanya Sabariah Binti Shafii yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Bunut Payong yang beralamat No 213 Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Gerai beliau sememangnya dikenali di kawasan sekitar dan menjadi tarikan komuniti di sini sejak tahun 90an lagi. Kak Yah dibantu oleh dua orang pekerjanya iaitu Encik Yusoff (suami beliau) dan Puan Salma (sahabat karib).
Antara produk jualan di gerai beliau adalah pisang goreng, keropok goreng, air minuman dan yang paling terkenal adalah "Jeput Malas 10sen" ataupun dikenali sebagai cekodok dari resepi acuan sejak turun temurun lagi. Gerai Kak Yah beroperasi selama enam hari seminggu kecuali pada hari Jumaat dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang yang hanya mengambil masa selama empat jam sahaja kerana sentiasa mendapat sambutan dari komuniti dari dalam dan luar kawasan setiap hari. Purata pendapatan bersih Kak Yah sebanyak RM1,300 sebulan.
View the embedded image gallery online at:
http://kgbunutpayong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/58-makanan#sigFreeId1170a3e33c
http://kgbunutpayong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/58-makanan#sigFreeId1170a3e33c