USAHAWAN MENJUAL PRODUK KESIHATAN

Nama : Maznah Binti Yaacob
Umur : 44 tahun (2021)
Ahli Disember 2017 - sekarang

  

Latar belakang

Puan Maznah merupakan seorang usahawanita separuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan atas talian melalui laman sesawang Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual produk melalui talian Whatsapp serta menjalankan jual beli secara Cash On Delivery (COD).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Bunut Payong dan mempelajari cara menjual dan mempromosi produk melalui laman sesawang Facebook serta lebih memfokuskan ke arah penghantaran barangan melalui pos.