USAHAWAN MENJUAL PELBAGAI JENIS TUDUNG

Nama : Wan Fatin Liyana
Umur : 19 tahun (2020)
Ahli Ogos 2017 - sekarang

  

Latar belakang

Cik Wan Fatin Liyana merupakan seorang pelajar IPT dan usahawanita separuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan atas talian melalui laman sesawang aplikasi Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual produk melalui laman Facebook dan talian Whatsapp serta menjalankan jual beli secara Cash On Delivery (COD).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Bunut Payong dan mempelajari cara menjual dan mempromosi produk melalui laman sesawang Shopee serta lebih memfokuskan ke arah penghantaran barangan melalui pos.