USAHAWAN MENJUAL PELBAGAI JENIS TUDUNG

Nama : Nurul Fatin
Umur : 31 tahun (2020)
Ahli Ogos 2018 - sekarang

  

Latar belakang

Puan Nurul Fatin Binti Che Shukri merupakan seorang usahawanita sepenuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan atas talian melalui laman sesawang Facebook dan aplikasi Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual produk melalui laman Facebook dan talian Whatsapp serta menjalankan jual beli secara Cash On Delivery (COD).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Bunut Payong dan mempelajari cara menjual dan mempromosi produk melalui laman sesawang Shopee serta lebih memfokuskan ke arah penghantaran barangan melalui pos.