USAHAWAN MENJUAL PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN WANITA

Nama : Suhaili Binti Shaari
Umur : 32 tahun (2020)
Ahli Julai 2020 - sekarang

  

Latar belakang

Puan Suhaili binti Shaari merupakan seorang usahawanita sepenuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan atas talian melalui laman sesawang Facebook dan aplikasi Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau hanya menjual produk melalui laman Facebook dan talian Whatsapp serta menjalankan jual beli secara Cash On Delivery (COD).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Bunut Payong dan mempelajari cara menjual dan mempromosi produk melalui laman sesawang Shopee serta lebih memfokuskan ke arah penghantaran barangan melalui pos.